Saturday, 7 January 2017

Gambar Ahli Kumpulan 4


Atas (dari kiri ke kanan)
1. LIM YING CHEN
2. SITI ARINAH BINTI ABDULLAH
3. NUR AZLINA BINTI THARUJATHULLA
4. DOROTHY DILIANA SHALILAN ANAK DAWIE
5. NUR SHAZANA BINTI SAMSUL KAMAL
6. NURUL NADHIRAH BINTI HURI
7. LO YI WEI

Bawah
1. MOHAMAD AZMI BIN ISAHAK
2. CHENG HENG YAU
3. KER ZE HENG

Friday, 2 December 2016

Video Pembentangan Kumpulan 4 UKM TITAS Set 22 2016/2017 - Tamadun India

 
Video Pembentangan Kumpulan
 
Kursus                    :  LMCW2163
 
Set                           : Set 22
 
Kumpulan               : Kumpulan 4
 
Tajuk                      :  Tamadun India
 
Ahli Kumpulan      :  Nurul Nadhirah binti Huri                                    (A154264)
                                  Nur Azlina binti Tharujathulla                             (A152731)
                                  Dorothy Diliana Shalilan Anak Dawie                (A152341)
                                  Mohamad Azmi bin Isahak                                  (A153317)
                                  Ker Ze Heng                                                         (A152329)
                                  Siti Arinah binti Abdullah                                    (A153808)
                                  Nur Shazana binti Samsul Kamal                         (A153804)
                                  Chen Heng Yau                                                    (A154023)
                                  Lim Ying Chen                                                     (A156050)
                                  Lo Yi Wei                                                             (A156186)
 
 

Thursday, 27 October 2016

Tamadun India - Masyarakat India di Malaysia

Tugasan Animasi Video Individu:
Tamadun India - Masyarakat India di Malaysia
https://youtu.be/xPMYRR0Umg0

oleh  LO YI WEI A156186

Monday, 17 October 2016

Tamadun India - Pandangan Semesta (Siti Arinah binti Abdullah - A153808)

Tamadun India - Pandangan Semesta
by Siti Arinah binti Abdullah  (A153808)
Titas Set 22 (Dr Abdul Salam Yusof)


Saturday, 15 October 2016

Titas Individu i-Folio (Nur Shazana Samsul Kamal A153804)

Task 1
11.      Mengisi semangat kemerdekaan dengan pengisian yang positif 
22.      Menghayati sejarah negara sebelum dan selepas kemerdekaan.
33.      Menekankan budaya ilmu dan penghayatan nilai-nilai murni yang baik
44.      Mengelakkan daripada sifat kebendaan yang akam menyebabkan keruntuhan akhlak
55.      Mempertahankan budaya agam Islam sebagai budaya yang utama dan bukan budaya barat
66.      Menghapuskan jurang budaya dan ekonomi antara bangsa-bangsa di Malaysia
77.      Meningkatkan lagi semangat berdaya saing generasi masa kini
88.       Mengelak daripada ketidakstabilan politik yang boleh mengancam negara Malaysia
99.      Memperkasakan Bahasa Melayu dalam pembelajaran pelajar-pelajar
110.  Menangani perbezaan dan interaksi dalam suasana pelbagai etnik, budaya dan agama menerusi pandangan tamadun Islam. 

Task 2
  Berdasarkan daripada temuduga saya, pandangan orang Cina di Malaysia tidak sama sekali dengan orang Barat yang mengatakan orang Islam membawa keganasan dan kehancuran.  Hal ini dikukuhkan dengan sikap orang Islam di Malaysia yang baik, pemurah dan suka memberi bantuan kepada yang memerlukan. Mereka merasakan bahawa sifat keganasan hanya merujuk kepada sesetengah pihak di Timur Tengah seperti ISIS dan mengatakan orang Islam di Malaysia sangat mengamalkan sifat toleransi antara kaum.

 Task 3
Jangan biarkan pohon bangsa dimamah kemajuan
Sehingga dahannya dipatah kealpaan
Akar budaya membelenggu ketamadunan
Akhirnya subur bumi kembali gersang
Kontang dibakar api kepalsuan.

Kembalikanlah tunjang keyakinan
Susurgalurkan akar budaya mencengkam bumi
Agar pohon bangsa teguh menentang musuh
Sepadu melaungkan keazaman
Demi pertahankan hak mutlak dan ketuanan

 Task 4
  Kita harus menerima hakikat bahawa walaupun negara Malaysia ini satu, namun terdapat banyak parti politik yang membawa pelbagai ideologi dan pendapat sehingga wujudnya parti kerajaan dan parti pembangkang. Perbezaan pendapat antara parti boleh mengundang banyak kemusnahan dan yang paling terasa kesannya ialah negara dan rakyatnya. Tetapi dalam masa yang sama, semua rakyat mesti bersatu padu dalam keadaan negara kita diserang oleh musuh-musuh luar.

  Jika dilihat daripada kesan peperangan sewaktu penjajahan Portugis, British dan Jepun menguasai Tanah Melayu, kesannya masih dapat dirasa sehingga kini. Misalnya, dari segi kemusnahan harta benda, kemusnahan pelbagai fauna dan flora dan kehilangan khazanah negara. Sehubungan dengan itu, semua rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi menjaga keamanan dan kestabilan negara. Ahli-ahli parti mesti menepikan perbezaan pendapat antara parti dan bersatu padu menentang musuh-musuh negara. .

  Kesimpulan daripada sejarah Tanah Melayu dahulu mesti disemai dalam jiwa masing-masing dan bersatu padu jika peperangan dan penjajahan ini berlaku lagi dalam masa akan datang. 

Tugasan Individu i-Folio ( Lo Yi Wei A156186 )

Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

               Pada pendapat saya, antara cara- cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan keruntuhan tamadun Malaysia daripada akibat globalisasi dan faktor-faktor lain termasuk pemupukan semangat perpaduan dan toleransi sesama lain untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pertengkaran dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Selain itu, semangat patriotik perlu dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia agar mereka akan meletkakkan pembangunan negara sebagai keutamaan mereka. Di samping itu, kerajaan perlu memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa penghantar untuk menunjukkan identiti kita sebagai anak Malaysia. Seterusnya, sistem pendidikan yang lebih lengkap and teratur perlu dipraktikkan untuk melahirkan insan- insan yang berilmu tinggi dan berahklak mulia demi membangunkan negara Malaysia dari pelbagai aspek.

              Cara lain yang boleh digunakan adalah mengadakan pelbagai kempen pengenalan budaya tradisional Malaysia agar rakyat Malaysia boleh memahami budaya negarra mereka dengan lebih mendalam dan pada masa yang sama menanam sifat penghargaan dalam hati mereka. Selain itu, subjek Sejarah boleh dimasukkan dalam silibus pengajaran pelajar semasa tahun yang lebih muda supaya nilai patriotik akan diperdalamkan dalam mereka, bak kata pepatah : melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di samping itu, sistem kesihatan perlu dinaiktarafkan untuk menurunkan kadar mortaliti dan meningkatkan kadar kelahiran. 


              Sistem pentadbiran Malaysia juga diperlu dibuat beberapa perubahan, contohnya penglibatan kaum yang berlainan dalam sistem pentadbiran dalama nisbah yang lebih kurang sama agar manfaat pelbagai kaum boleh dijaga and idea yang lebih bernas boleh dihasilkan daripada pertembungan budaya.  Kaedah yang seterusnya adalah tidak mengamalkan sikap ketutupan, iaitu tidak sudi untuk belajar sesuatu yang baru. Rakyat harus bersikap terbuka untuk belajar benda baru daripada orang lain dan seterusnya menaiktarafkan teknologi yang sedia ada agar negara Malaysia akan bertambah baik. 


              Cara yang terakhir adalah menguatkuasakan sistem perundangan yang teratur. Undang- undang perlu diwujudkan untuk meningkatkan disiplin rakyat- rakyat Malaysia agar tahap kes jenayah dapat menurun dan sebuah masyarakat yang aman dan damai dapat diwujudkan.




Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan- rakan kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa- bangsa lain di Malaysia?


Setelah temuduga dengan responden yang terdiri daripada pelbagai kaum, berikut adalah pandangan mereka:

Kaum Melayu:

Mereka berpendapat bahawa perkara tersebut merupakan dakwaan. " Tak kenal maka tak cinta", mereka berpendapat bahawa media- media Barat tersebut tidak mengambil tahu tentang agama Islam dengan mendalam sebelum mengeluarkan fitnah tersebut. Mereka percaya bahawa Allah akan menunjukkan jalan hidup yang betul kepada penganutnya dan tidak akan mendorong orang yang mempercayainya untuk melakukan perkara yang buruk.

 Kaum Cina, Kaum Indian dan kaum lain-lain:

Mereka juga berpendapat bahawa agama Islam bukan agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Walaupun mereka bukan menganuti agama Islam, mereka percaya bahawa setiap agama yang baik akan mengajar penganutnya untuk melakukan perkara yang baik, bukan yang negatif. Mereka sering mendengar berita- berita mengenai ISIS melalui keratan akhbar, laman web, radio dan lain- lain, tetapi mereka percaya bahawa bukan semua penganut agama Islam adalah begitu ganas dan tidak berkemanusiaan. Mereka yang jahat itu, walaupun menganuti agama Islam, mungkin telah menerima ajaran agama senget yang disampaikan oleh orang yang berniat bururk. Secara ringkas, agama Islam akan mendorong penganutnya ke arah yang positif dan tidak ada perkaitan dengan perkataan 'keganasan' dan 'Jihad'.





Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.

Kita,
Menyusun seribu langkah, menuju ke hadapan
Bersama menerjah gelombang, mensesah pekat malam
Berlari mengejar cahaya, menepati janji di hujung jalan.

Walau berdepan sejuta kekangan,
Sesekali pun jatuh di medan perjuangan
Namun tetap meredah, mencapai wawasan.

Alangkah damainya tamadun ini,
Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai
Bangsa bersatu berjiwa waja
Semangat patriotik kian membara.

Dunia sudah membuka mata
Penghormatan kini menjadi nyata.

Tiada lagi penindasan
Tiada lagi penghinaan.

Kemegahan terus terpelihara
Damainya tamadunku- Malaysia.


Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.


            Pada pendapat kami, semua orang mesti bersatu semula apabila ksesebuah tamadun tersbut telah kehilangan pembangunan dan sedang mengalami kemerosotan daripada pelbagau aspek sepeti kewangan, keselamatan, kekuatan undang- undang dan sebagainya.
Pelbagai parti politik telah diwujudkan unutk membentangkan idea mereka yang bernas dan bermanfaat untuk pembangunan tamadun tersbut. Namun.apabila pembentangan idea telah menimbulkan pertelingkahan dan menjejaskan status keamanan sesebuat tamadun, parti- parti tersebut sepatutnya berfikir balik tujuan asas pembentukkan parti- parti mereka, iaitu untuk menambahbaikan sesebuat tamadun tersebut.

            Apabila kemerosotan atau kerunuthan tamadun telah didapati, semua parti politik sepatutnya duduk dlam meja bulat unutk melahirkan idea-idea yang baik bagi penambahbaikkan keadaan. Mereka sepatunya mengetepikan buah fikiran mereka yang ingin mengambil alih kuasa pentadbiran sesebuah tamadun, malah saling berkongsi pendapat dan pandangan daripada pelbagai jenis profesyen dan lapisan masyarakat untuk mengelakkan keruntuhan tamadun. Mereka sepatutnya bekerjasama bagai aur dengan tebing kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada tamadun tersebut.

x

Tugasan Individu i-Folio (Nur Azlina binti Tharujathulla A152731)

1. Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah. Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Mengukuhkan pertahanan negara
2. Mempertingkatkan sistem pendidikan di semua peringkat
3. Generasi muda perlu mempelajari, memahami dan mengamalkan segala aspek budaya tempatan
4. Generasi muda hendaklah mengelakkan diri dariapada terpengaruh dengan budaya luar/negara barat
5. Rakyat perlu mengenepikan soal perbezaan kaum dan agama serta hidup bertolak ansur dalam apa jua keadaan
6. Mempertingkatkan penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan
7. Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
8. Rakyat Malaysia perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
9. Mengukuhkan sistem politik negara
10. Mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara 

2. Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?
Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
          Kebanyakan pelajar cina, india dan lain-lain yang ditemuduga mengetahui perkara-perkara asas mengenai ajaran Islam. Hal ini kerana, mereka hidup dalam persekitaran masyarakat berbilang kaum. Secara kesimpulannya, pelajar Cina dan India kurang bersetuju tentang isu Islam dan keganasan yang ditonjolkan olah media Barat. Hal ini kerana, mereka merasakan orang Islam di Malaysia tidak menunjukkan sifat keganasan seperti yang diperkatakan dan mereka juga berasa selesa untuk berkawan dengan orang Islam yang secara puratanya memiliki perwatakan yang baik. Ada diantara mereka yang merasakan masyarakat Islam (di negara luar) yang ditindas dan diancam oleh orang Barat seperti beberapa serangan yang dilancarkan oleh tentera Barat di Syria. Namun, ade diantara mereka yang juga terpengaruh dengan kenyataan media Barat. Hal ini kerana menurut meraka, perkataan jihad yang digunakan meninmbulkan syak wasangka terhadap penganut agama Islam.

           Manakala ada sesetengah bangsa lain mempercayai agama Islam mempunyai hubungan dengan kegasanan namun mereka menegaskan bahawa perkara itu mungkin berlaku di negara luar seperti di negara Barat dan Timur Tengah dan bukan di Malaysia. Hai ini kerana, menurut mereka kebanyakan rakyat Islam di negara ini mengamalkan sikap toleransi antara kaum dan mudah untuk bergaul.

           Semua pelajar Melayu yang ditemuramah menidakkan Islam dengan keganasan. Mereka menyatakan agama Islam adalah agama yang suci dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri penganutnya. Mereka juga menyatakan, konsep jihad perlu difahami secara menyeluruh sebelum terpengaruh dengan mana- mana pihak. Media Barat cuba untuk menjatuhkan agama Islam dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana bimbang akan kemajuan masyarakat Islam.

3. Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
Kita perlu sedar apakah warisan kita..
Kita perlu sedar apakah hala tuju kita…
Kita perlu sedar apakah nasib kita nanti….
Kita perlu sedar apakah tinggalan buat anak-anak kita di hari mendatang….

Jiwa kita perlu dibajai semula…
Hati kita perlu disirami semula…
Ukhwah kita perlu dieratkan semula…
Silaturahim kita perlu dirapatkan semula….
Demi agama, bangsa & negara di bumi Malaysia ….

Bersatulah kita wahai rakyat Malaysia…
Bersatulah kita walau berbagai kaum…
Bersatulah kita di bawah satu naungan…
Bersatulah untuk terus mencipta kejayaan….
agar semua yang dikecapi dapat dikekalkan….

4. Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
          Perpaduan dan toleransi antara kaum, bangsa dan tamadun amatlah penting untuk mengekalkan kesejahteraan, kedamaian dan kegemilangan yang dikecapi sesebuah negara. Hal ini kerana, sesebuah negara yang kucar kacir dengan rakyat yang tidak bersatu padu akan mumudahkan anasir-anasir luar untuk mencampur tangan dalam urusan kerajaan. Ini akan mengakibatkan negara tercinta kita akan jatuh ke tangan orang yang salah. Oleh itu, semua masyarakat perlu sentiasa hidup bersatu padu untuk mengekalkan kesejahteraan negara.

          Seterusnya, rakyat perlu bersatu padu tanpa mengira warna kulit ketika negara mengalami masalah sebagai contoh masalah kewangan. kegawatan ekonomi dan lain-lain. Hal ini dapat membantu pentadbir negara dan kerajaan untuk membaik pulih keadaan negara dengan segara sekiranya mendapat sokongan daripada rakyat. Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negara dengan menyumbangkan segala kemahiran dan ilmu yang dimiliki tanpa mengharapkan pulangan wang ringgit.

          Kemudian, rakyat perlu berusaha untuk memelihara segala warisan dan peninggalan nenek moyang seperti bangunan bersejarah, penulisan dan karya-karya lama, serta amalan dan budaya. Generasi muda terutamanya perlu mempelajari, memahami dan mengamalkan budaya tempatan dalam kehidupan seharian agar semua khazanah yang tidak ternilai itu dapat diwarisi ke generasi seterusnya.

Disediakan oleh;
Nur Azlina binti Tharujathulla
A152731



NURUL NADHIRAH HURI A154264

1. Refleksi ilmu ketamadunan


- Rakyat yang taat kepada ajaran agama masing-masing.

- Menjaga akhlak dan tatasusila.

- Menghormati perbezaan kaum lain.

- Sistem perundangan yang telus

- Mengelakkan penyelewengan dan korupsi.

- Meningkatkan taraf pendidikan rakyat.

- Menjalinkan hubungan diplomatik bagi meningkatkan ekonomi dan keselamatan.

- Menerapkan nilai patriotik dan semangat cinta negara.

- Mematuhi undang-undang.

- Menerima perbezaan pendapat dan menjalin hubungan akrab antara kaum (jauhi unsur perkauman)



2. Daya persepsi


Berdasarkan temuramah yang saya jalankan pada rakan berbangsa Cina, Melayu, India, Iban dan Dusun rata-rata mereka menolak idea bahawa Islam adalah agama keganasan kerana bagi mereka apa yang diperlihatkan umat Islam di Malaysia  yang rata-ratanya berbangsa Melayui, hanya kelembutan dan kesopanan yang ditonjolkan dalam cara hidup mereka. Mereka berpendapat bahawa ini berkemungkinan besar kerana Malaysia merupaka negara Timur yang rakyatnya dan rakyat negara Timur yang lain memang terkenal dengan kesopanan dan adab susila.

Sebahagian mempunyai pengalaman secara terus dengan bantuan dari masjid dan surau serta jiran-jiran yang beragama Islam dan mereka berpendapat bahawa Islam adalah agama yang pemurah dan pengikutnya boleh dipercayai dan disenangi. Konsep semua umat Islam adalah bersaudara sangat mereka suka kerana persaudaraan yang ditunjukkan bukan sahaja pada rakan seagama malah kepada rakan dari agama lain. Mereka berpendapat bahawa Muslim di Malaysia tidak lokek  untuk membantu sekiranya mampu.

Disebabkan mereka masih belum berpeluang ke luar negara, mereka tidak dapat membezakan cara kehidupan atau apa sahaja perbezaan antara Muslim di Malaysia dan negara lain. Mungkin keganasan yang ditujukkan dari segi budi pekerti di mana di negara Timur keosopanan dapat dilihat dari segi percakapan dan ton suara. Maka, mereka bersetuju bahawa imej keganasan yang dibawa oleh media Barat adalah tidak benar kerana jika Islam itu sendiri agama keganasan mengapa di Malaysia mereka berasa selamat dan selesa hidup bersama Muslim?

Sebahagian mereka berpendapat bahawa jihad adalah berperang dan ada antara mereka yang faham bahawa berjihad tidak semestinya hanya berperang. Rata-rata bagi mereka perkataan jihad amat akrab dengan keadaan di bumi Palestin dan negara yang bergolak pada masa ini. Mereka berasa simpati terhadap umat Islam di negara tersebut dan merasakan bahawa jihad di bumi tersebut bukanlah sesuatu keganasan kerana mereka cuba mempertahankan tanah air mereka.

Berdasarkan temuramah ringkas saya bersama seorang wanita di station Monorel, beliau berpendapat bahawa umat Islam terlalu sensitif dengan peperangan yang berlaku dan seharusnya Muslim di Malaysia bersyukur tiada peperangan di Malaysia dan teruskan kehidupan seperti biasa. Apabila di tanya pekara ini dari konteks kemanusiaan(manusia dibunuh kejam secara sesuka hati dan sebagainya) dan bukannya sifat defensif antara agama dan kaum, saya tidak berjaya mendapatkan jawapan dari beliau.



3. Puisi ketamadunan


 Aku
Setia disini
Melihat dan memerhati
Juga sebagai saksi
Setiap perubahan yang kau bawakan kepada dia

Kau
Datang dan pergi
Bertukar ganti
Melempar dan mengusulkan idea-idea
Buat dia

 Dia
Adakala disakiti
Adakala dijulang dipuji
Menerima apa yang kau beri
Dengan sepenuh hati

Ini cerita kita
Antara Aku, Kau dan Dia
Aku, Bumi tua ini
Kau, manusia yang mendiami
Dia, tamadun bertukar ganti


4. Kepelbagaian dalam kesatuan


Perbezaan pendapat adalah satu perkara yang tidak dapat kita elakkan apabila hidup dalam satu kelompok yang ramai apatah lagi dalam sesebuah tamadun. Perbezaan ini dapat dijadikan rujukan dalam membangunkan sesebuah masyarakat kerana kepelbagaian pendapat mampu dijadikan paksi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dianggap mustahil seperti kata pepatah Inggeris "two is better than one". Dalam konteks ini, kepelbagaian idea yang dikeluarkan dalam keadaan terkawal dan bertoleransi sangat bagus dan dengan perbezaan inilah terwujudnya pelbagai parti politik yang saya percaya semua mempunyai satu tujuan yang sama iaitu membangun dan meningkatkan prestasi hidup sesebuah masyarakat dalam tamadun tersebut. Apa yang membezakan mereka hanyalah cara penyampaian dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat mereka.

Namun, apabila ketegangan terjadi dan melibatkan pergaduhan dan perbalahan secara tidak sihat, inilah yang menjadi penanda bahawa semua orang mesti bersatu dan berfikiran secara rational. Bukan memburuk dan mensabotaj sesama sendiri kerana tiada masalah akan selesai dari perkara ini, yang ada hanyalah pertambahan masalah dan seterusnya berkemungkinan akan menjadi titik musnahnya sesuatu tamadun. Sayang sekali jika tamadun yang dibina bersusah payah akhirnya hancur hanya kerana perbezaan pendapat yang berakhir dengan perbalahan dan peperangan.

"Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah-tengah". Terdapat tamadun yang hancur kerana diserang oleh kaum atau puak lain ketika mengalamai ketegangan politik - tidak kira negara, atau ketika manusia masih hidup secara nomad di dalam puak. Perkara ini haruslah diambil pengajaran  oleh masyarakat sekarang demi keamanan negara dan kelangsungan tamadun sekarang. Perbalahan tiada kesudahan, perbincangan berserta kompromi dan tolreansi mampu memberikan jalan penyelesaian tidak kira apa isu dibangkitkan.

Thursday, 13 October 2016

Tugasan Individu I-Folio (Siti Arinah binti Abdullah - A153808)


TUGASAN 1

Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

a.       Memberi sepenuhnya taat setia pada kepimpinan Negara.

b.      Bersikap terbuka dalam menerima pelbagai pendapat.

c.       Berusaha sehabis daya dalam meningkatkan ekonomi Negara.

d.      Memperkukuhkan ilmu pengetahuan demi pembangunan Negara.

e.       Menjauhi anasir luar yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.

f.       Berpegang teguh pada ajaran agama.

g.      Mengkaji dan menggunakan sumber alam secara berhemah.

h.      Memperkukuhkan sistem perundangan tanpa wujudnya rasuah.

i.        Mewajibkan pendidikan bagi semua rakyat.

j.        Melahirkan lebih ramai rakyat yang berdaya kreatif dan inovatif.



TUGASAN 2

Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
        
        Segelintir orang Cina di Malaysia tidak menyokong bahawasanya Islam adalah agama keganasan tetapi ada segelintir daripada mereka juga yang terang- terangan mengatakan Islam merupakan agama keganasan kerana salah faham dengan jihad. Ini kerana terdapat beberapa gerakan yang mendakwa mereka mewakili Islam dan berjihad memperjuangkan Islam tetapi jauh tersasar daripada ajaran agama. Serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) di New York menambahkan lagi kenegatifan terhadap Islam apabila Islam dituduh sebagai penyebab kejadian tersebut yang mengorbankan hampir 6 ribu nyawa.
  
          Selain itu, saya mendapati hampir kesemua orang melayu menolak bahawasanya Islam adalah agama keganasan kerana dikaitkan dengan jihad. Mereka memahami maksud sebenar jihad dalam Islam yang bukan bertujuan bertindak ganas sesuka hati pada agama lain tetapi jihad dalam Islam bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah serta menyebarkan agama Islam. Umat Islam digesa berjihad mengikut syariat dan etika tatkala mereka diserang oleh musuh Islam dengan tujuan menyelamatkan diri mereka daripada kezaliman. Mereka tidak akan menyerang agama lain sehingga agama lain itu sendiri yang mencetuskan masalah dengan umat Islam.

          Berbeza dengan bangsa Melayu, bangsa India sebahagiannya mempunyai pendapat yang sama dengan bangsa Cina. Mereka berpendapat Islam adalah agama keganasan dengan melihat kepada keadaan dunia sekarang yang mana Islam sendiri terlibat dalam pembunuhan penganut mereka sendiri. Gerakan ISIS umpamanya adalah kelompok yang telah memburukkan nama Islam dan telah membawa satu perjuangan yang jelas bertentangan dengan Islam. Malahan, kewujudannya juga disangsikan atas faktor tertentu yang menunjukkan mereka ini di taja dan didanai oleh pihak berkepentingan.



TUGASAN 3

Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.

Kelam mundur di waktu muda,
Bersaksi derita menemani duka,
Sampai waktu ia bercahaya,
Teori fizik mengubah isinya,
Berpaksi minda kelas pertama,
Tumbuh perkasa berabad lamanya,

Namun,
Sayang beribu kali sayang,
Rebah jua tatkala leka dan alpa,
Soalnya salah siapa, salah kita,
Tapi, usah gusar, jangan gulana,
Bangkit juga pada akhirnya juga selamanya,
Itulah tamadun, transformasi semua.


TUGASAN 4

Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

        Perbezaan pendapat dan kepelbagaian parti politik akan cenderung kepada wujudnya perpecahan dalam kalangan manusia. Demi masa depan tamadun, semua orang mesti bersatu semula tatkala tamadun diambang keruntuhan yang berpunca daripada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian oleh penduduknya.

        Lemahnya sistem perundangan akan melemahkan sesuatu tamadun. Oleh itu, semua orang mesti bersatu menegakkan keadilan dalam sistem perundangan supaya keharmonian sesebuah tamadun dapat dikekalkan.

        Semua manusia juga perlu bersatu semula walaupun berbeza pendapat dan parti politik tatkala tamadun mereka dicerobohi oleh anasir luar dengan tujuan penaklukan dan perluasan kuasa. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana dikhuatiri akan menukar identiti sesebuah tamadun dari yang asalnya
.
        Apabila sesebuah tamadun itu lemah dalam penguasaan sains dan teknologi, semua manusia harus bersatu meningkatkan dan memantapkan semula penggunaan teknologi kerana terbukti teknologilah yang menukarkan kemunduran sesebuah tamadun menjadi sebuah tamadun yang gah.

        Selain itu, semua orang harus bersatu apabila kepimpinan sesuatu tamadun dipimpin oleh pemimpin yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan tidak bertoleransi pada rakyat jelata. Dalam konteks ini, semua orang bertanggungjawab menggulingkan pemerintahan yang kejam agar infrastruktur pemerintahan sesebuah tamadun dapat dikekalkan pada kedudukan terbaik.
 
          Akhirnya, penyatuan semua orang amat diperlukan tatkala tamadun dilanda bencana alam atau malapetaka yang menyebabkan kerosakan harta benda secara besar-besaran. Ini kerana sikap tidak peduli manusia akan menyebabkan sesebuah tamadun itu hilang dan lenyap kerana tiada siapa yang mahu bertanggungjawab membaikpulih semula keadaan tamadun supaya kembali pada keadaan asal.



Tugasan Individu I-Folio (Mohamad Azmi Bin Isahak- A153317)

TASK I-FOLIO


  1. Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah.Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
           Tamadun Malaysia akan bertahan jika semua rakyat Malaysia bersatu dan tidak lupa akan sejarah tamadun bangsa-bangsa sendiri.Kedua pihak atasan atau pihak berkuasa boleh menganjurkan kempen bertamadun untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan bertamadun.Ketiga,kita hendaklah sentiasa mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Keempat semua kaum dan masyarakat haruslah sentiasa bertolak ansur dalam membuad sesuatu keputusan.Bersukan juga berupakan salah satu cara manusia dapat melatij diri menjadi bertamadun kerana dengan bersukan kita dapat merapatkan silaturahim antara masryakat sekeliling.

     Keenam,dalam setiap organisasi kita mestilah bersatu padu dan mestilah mempunyai pemimpin yang adil dan bertamadun seperti contoh kerajaan Melaka pada zaman kegemilangan Sultan Melayu Melaka sewaktu memilih bendahara Melaka iaitu Tun Perak.Tun Perak dipilih berdasarkan sifat kepimpinannya yang unggul.Ketujuh budaya Malaysia tidak boleh dilupakan sama sekali,jadi kerajaan haruslah menganjurkan satu program atau majlis kebudayaan setiap tahun agar rakyat jelata tidak lupa akan budaya Malaysia.Kelapan,faktor ekonomi juga memainkan peranan yang penting dalam Tamadun Malaysia ini.Hal ini kerana banyak tamadun yang musnah akibat kemerosotan ekonomi pada zaman dahulu.Oleh itu,Malaysia haruslah mengambil pelbagai initiatif untuk mengukuhkan ekonomi negara.Kesembilan,aspek keselematgan haruslah dititikberatkan.Hal ini kerana,aspek keselamatan merupakan salah satu aspek yang penting supaya tamadun Malaysia akan bertahan dengan lebih lama daripada penjajah pihak asing.Kesepuluh bahasa Melayu haruslah jadikan bahasa lingua franca atau bahasa pertuturan rasmi dalam kehidupan seharian supaya rakyat dapat berhubung dengan lebih efektif dan dapat memupuk lagi semangat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.Kesimpulannya sepuluh cara ini boleh dipraktikkan dalam tamadun Malaysia pada masa kini supaya tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan penjajahan asing.

      2.Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?

     Mengikut pandangan seorang sahabat Cina saya,dia menyatakan bahawa orang Melayu di Malaysia sangat baik dan tidak panas baran.Mereka sentiasa memberikan bantuan kepada orang Cina mahupun bangsa lain jika berada dalam kesusahan.Dia juga menyatakan bahawa ada sesetengah orang Melayu sangat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.Dia memberi contoh jika dalam sebuah organisasi orang Melayu selalunya akan menjadi ketua dan akan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugas mereka.Konklusinya bagi pendapat saya,tidak kira bangsa mahupun agama jika kita telah berkawan dan telah bersatu.Setiap matlamat atau tugasan dapat dicapai dengan baik dan dengan lancar dari kerjasama semua pihak.

     3.Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.

Tamadun disiplin ilmu,
Tamadun sebagai pemangkin negara,
Tamadun ilmu kehidupan,
Sistem Kasta dalam tamadun India,
Konsep Lima hubungan dalam tamadun Cina,
Akidah Islam dalam tamadun Melayu,
Ilmu dimana terbentuknya Malaysia kini,
Dijadikan contoh untuk negara lain,
Majulah negara Malaysia,
Yang lahir dari pelbagai tamadun,
Tamadun ilmu manusia.

     4.Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

 Terdapat pelbagai parti politik yang bertapak di Malaysia.Parti politik ini terbahagi kepada dua iaitu parti pemerintah dan parti pembankang.Kedua-dua pihak sering mempunyai idealogi dan pendapat berbeza dan sering mencetuskan perbalahan didewan rakyat mahupun di media sosial.Demi kelangsungan kekuatan Malaysia,kedua-dua pihak haruslah mengetepikan segala perbezaaan demi memacu Malaysia kearah masa depan yang lebih makmur dan terjamin.Keuda-dua pihak juga mesti bersatu dalam menangani pencerobohan dan penjajah daripada phak asing.Hal ini kerana,penjajahan pihak asing mengugat kedaulatan dan kemakmuran negara Malaysia.Apabila kuasa asing menjajah Malaysia,kedua-dua pihak akan mengalami kerugian sekali gus memberi kesan kepada rakyat jelata.Sebagai contoh,pada zaman sebelum merdeka,kedua kedua pihak yang berbeza pendapat dapat berkumpul di dalam satu meja perbincangan seterusnya berkongs idea dan pandangan dalam menuntut kemerdekaan daripada pihak Bitish.Kita perlulah mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa ini untuk menjamin masa depan Malaysia yang lebih cerah.Hal ini juga dapat mengelakkan tamadun Malaysia mengalami kemerosotan daripada keruntuhan globalisasi.Oleh itu,pelbagai kaum dari setiap ahli politik haruslah bersatu melawan penjajahan asing demi mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta.


Disediakan oleh,
Mohamad Azmi Bin Isahak
A153317
Group 4




Tugasan Individu I-Folio (Chen Heng Yau - A154023)

Tugasan 1

Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

1. Keagamaan
• Masyarakat Malaysia harus menekankan aspek iman, Islam dan ihsan serta mempraktikkan unsur ini dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
• Sebagai pemimpin yang berwawasan dan berjiwa besar baginda telah berjaya membina satu generasi yang memiliki iman yang kental dan sanggup berjuang berhabis-habisan demi mempertahankan Islam.
2. Nilai-nilai akhlak
• Ketinggian nilai-nilai akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW merupakan kunci kejayaan dalam pembentukan Tamadun Malaysia.
• Akhlak memainkan peranan yang sama penting dalam pembinaan dan keutuhan sesebuah tamadun. 
• Apabila nilai-nilai akhlak diabaikan, tamadun sesuatu bangsa akan menemui kehancuran.
3. Politik dan pemerintahan
• Politik yang stabil dan kepimpinan yang berwibawa akan dapat mengekalkan sesebuah tamadun.
• Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan yang berdaya maju, pemerintahan yang adil dan perpaduan dalam politik telah meninggikan tamadun sesuatu bangsa.
4. Sosial
• Kestabilan sosial antara individu dan masyarakat dengan berteraskan ilmu, kemajuan dan minda yang mempunyai gagasan boleh meningkatkan martabat bangsa dan meninggikan tamadun yang dibina.
5. Ekonomi
• Masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan ekonomi perdagangan, pertanian, penternakan bertaraf antara bangsa, walaupun mereka bermula dari kegiatan ekonomi sara diri.
• Sebagai contoh, masyarakat Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berjaya membina satu pusat perdagangan bertaraf antara bangsa di Pelabuhan Melaka.
6. Penguasaan bidang keilmuan
• Penguasaan pelbagai bidang ilmu-ilmu dan kemunculan sains dan teknologi memantapkan lagi pembinaan dan penerusan sesebuah tamadun.
• Kelahiran para sarjana dan kepelbagain kegiatan keilmuan mendorong ke arah pembinaan pusat-pusat intelektual.
7. Ketaatan kepada Sultan dan Manghormati Pemimpin
• Masyarakat Malaysia harus taat setia kepada Sultan/Raja semenjak zaman-zaman awal tamadun melayu.
• Masyarakat Malaysia juga perlu menghormati pemimpin .
8. Kepatuhan kepada Undang-Undang
• Masyarakat Malaysia adalah satu kumpulan manusia yang patuh kepada undang,undang, seperti yang boleh dilihat dalam hukum-hukum adat.
• Masyarakat Malaysia memahami kedaulatan hukum-hukum adat semenjak dahulu lagi dan mengikut peraturan-peraturan serta undang-undang akibat daripada pemahaman mereka terhadap kedaulatan hukum-hukum adat.
9. Saling Hormat-Menghormati Orang lain
• Masyarakat Tamadun Malaysia tidak memandang rendah kepada orang lain serta hormat-menghormati antara satu sama lain.
10. Sifat Terbuka Kepada Luar
• Tamadun Malaysia harus selalu mempunyai sifat terbuka kepada orang-orang luar.
• Penerimaan kadatangan orang luar adalah sebahagian daripada keperluan masayrakat yang menetap di kawasan kepulauan untuk mempertingkatkan kemampuan diri mereka.
• Tanpa kedatangan luar, masyarakat tempatan tidak mampu untuk mengikut perkembangan-perkembangan baru dan akan lama-kelamaan menjadi ketinggalan zaman.
• Contohnya, meningkatkan imej dan ekonomi negara dengan mengalakkan pelancongan negara seta mengukuhkan lagi hubungan baik negara dengan negara lain terutamanya negara-negara jiran dengan menjalankan perdagangan dengan negara-negara tersebut.

Tugasan 2

Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan
 dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?
Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?

Perkataan jihad berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga iaitu bersungguh-sungguh mengumpul semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya).Dalam Islam pula, Jihad bermaksud berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara yang dihadapi. Jihad yang dilaksanakan oleh Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka iaitu menjadi khalifah Allah di bumi.

Pandangan orang Melayu terhadap perkataan jihad dengan maksudnya yang berdasarkan agama Islam ialah mereka percaya bahawa jihad yang diwarisi sejak dahulu membawa maksud yang baik dan positif serta sentiasa mempraktikkan amalan tersebut dalam hidup mereka.Oarang Melayu sentiasa mengamalkan Jihad dalam peperiksaan kerana ia bermakna mereka akan berjuang dan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Mereka sangat taat kepada agama Islam dan percaya bahawa maksud sebenar jihad ialah mengikut Islam dan menafikan tangapan orang Barat yang cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan terhadap perkataan Jihad tersebut


Selain itu, pandangan orang Cina dan bangsa-bangsa lain terhadap jihad ialah mereka mempunyai anggapan yang baik terhadap perkataan tersebut. Mereka mempercayai setiap agama mempunyai adat resam and amalan sendiri. Oleh itu, mereka menghormati agama Islam sebagai salah satu agama utama di Malaysia dan juga tidak ingin mengaitkan perkataan jihad dengan keganasan kerana mereka faham maksud sebenarnya dengan baik.Oarang Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain di Malaysia ingin juga mempraktikkan amalan jihad iaitu berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam aktiviti seharian mereka agar dapat hidup dengan aman damai dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Tugasan 3

Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.

Kata yang empunya ceritera
kononnya bahasa Melayu tiada berdaya
menyahut cabaran gelombang samudera
lamun di paparan sejarah telah tertera
bahasa Melayu hebat sejak zaman Sriwijaya
menanjak gemilang membina mercu tanda
dalam zaman kesultanan di seluruh Nusantara
dimahkotakan sebagai bahasa sempurna
merentas ranah, sempadan dan bangsa

Aduhai desaku!
gelisah dan resah jiwak 
setiap kali pulang melepaskan rindu
aku menjadi kelu dan keliru
melihat kian kurang
anak-anak dihantar mengaji
menggali yang fardu
bertalaqi dan beramali bersama guru
menguasai tulis baca jawi wasilah risalah

Tugasan 4

Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

Dalam sebuah negara, perbezaan pendapat antara pelbagai parti politik adalah sesuatu perkara yang amat biasa. Perbezaan pendapat selalunya berlaku kerana setiap parti politik dalam sesuatu negara tersebut mempunyai pemikiran, amalan dan prinsip-prinsip yang tersendri dan ini secara tidak langsung akan menimbulkan perselisihan faham antara parti-parti politik tertentu dan juga akan mempengaruhi rakyat yang menjadi penyokong sejati parti-parti tersebut. Hal ini akan menjejaskan keharmonian negara serta rakyat-rakyat di negara tersebut akan muncul perselisihan faham.
Kita haruslah mula berusaha ke arah menyatukan semula semua orang demi masa depan tamadun. Kita, sebagai rakyat yang prihatin harus sentiasa mempraktikkan sifat tolak ansur dan mengutamakan perpaduan antara kaum. Kita perlu melaksanakan langkah-langkah proaktif bagi mengekalkan perpaduan antara kaum kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sifat perpaduan antara kaum penting kerana jika sifat itu diamalkan, setiap rakyat akan bertanggungjawab dalam kemajuan negara dan akan mula hidup bersatu padu demi keamanan negara. Selain itu, rakyat juga harus sentiasa mempunyai sikap rasional dan tidak berat sebelah dalam memilih pemimpin yang sesuai bagi negara kerana pimpinan beliau menunjukkan status dan kemajuan negara kita

          Di samping itu, semua rakyat, pemimpin parti politik dan juga pemimpin negara juga harus mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan negara bagi memelihara dan mengekalkan kedamaian negara. Undang-undang juga harus dipatuhi supaya kadar jenayah dalam negara dapat dikurangkan dan negara dijajah oleh penjajah dapat dielakkan.Setiap rakyat juga mestilah sentiasa menjaga nama baik dan imej negara dalam apa jua yang dilakukan dalam negara mahupaun di luar negara. Semua rakyat juga harus menghormati antara satu sama lain samada di negaranya atau luar negara.

     Akhirnya, pemimpin-pemimpin parti politik dan negara harus sentiasa mengamalkan cara diplomasi dan perlu sentasa berada dalam situasi yang demokrasi dalam setiap perkara yang dilakukan. Perbincangan tentang sesuatu perkara yang berkaitan negara haruslah melibatkan semua orang. Pemikiran matang dan pengamalan cara bermuafakat bagi mendapat persetujuan oleh semua pihak harus dipraktikkan supaya setiap orang yang berkaitan dapat menyuarakan dan memberikan pendapat mereka sebelum sebarang keputusan diambil. Rakyat, pemimpin-pemimpin parti politik dan pemimpin negara digalakkan untuk sentiasa berfikiran terbuka apabila membuat sesuatu berkaitan kemajuan dan kedamaian negara. Dengan begitu, kita tidak perlu berisau akan ancaman dari negara lain kerana rakyat di negara kita mengamalkan sikap bersatu padu antara satu sama lain.