Saturday, 15 October 2016

Tugasan Individu i-Folio (Nur Azlina binti Tharujathulla A152731)

1. Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah. Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Mengukuhkan pertahanan negara
2. Mempertingkatkan sistem pendidikan di semua peringkat
3. Generasi muda perlu mempelajari, memahami dan mengamalkan segala aspek budaya tempatan
4. Generasi muda hendaklah mengelakkan diri dariapada terpengaruh dengan budaya luar/negara barat
5. Rakyat perlu mengenepikan soal perbezaan kaum dan agama serta hidup bertolak ansur dalam apa jua keadaan
6. Mempertingkatkan penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan
7. Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
8. Rakyat Malaysia perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
9. Mengukuhkan sistem politik negara
10. Mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara 

2. Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?
Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
          Kebanyakan pelajar cina, india dan lain-lain yang ditemuduga mengetahui perkara-perkara asas mengenai ajaran Islam. Hal ini kerana, mereka hidup dalam persekitaran masyarakat berbilang kaum. Secara kesimpulannya, pelajar Cina dan India kurang bersetuju tentang isu Islam dan keganasan yang ditonjolkan olah media Barat. Hal ini kerana, mereka merasakan orang Islam di Malaysia tidak menunjukkan sifat keganasan seperti yang diperkatakan dan mereka juga berasa selesa untuk berkawan dengan orang Islam yang secara puratanya memiliki perwatakan yang baik. Ada diantara mereka yang merasakan masyarakat Islam (di negara luar) yang ditindas dan diancam oleh orang Barat seperti beberapa serangan yang dilancarkan oleh tentera Barat di Syria. Namun, ade diantara mereka yang juga terpengaruh dengan kenyataan media Barat. Hal ini kerana menurut meraka, perkataan jihad yang digunakan meninmbulkan syak wasangka terhadap penganut agama Islam.

           Manakala ada sesetengah bangsa lain mempercayai agama Islam mempunyai hubungan dengan kegasanan namun mereka menegaskan bahawa perkara itu mungkin berlaku di negara luar seperti di negara Barat dan Timur Tengah dan bukan di Malaysia. Hai ini kerana, menurut mereka kebanyakan rakyat Islam di negara ini mengamalkan sikap toleransi antara kaum dan mudah untuk bergaul.

           Semua pelajar Melayu yang ditemuramah menidakkan Islam dengan keganasan. Mereka menyatakan agama Islam adalah agama yang suci dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri penganutnya. Mereka juga menyatakan, konsep jihad perlu difahami secara menyeluruh sebelum terpengaruh dengan mana- mana pihak. Media Barat cuba untuk menjatuhkan agama Islam dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana bimbang akan kemajuan masyarakat Islam.

3. Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
Kita perlu sedar apakah warisan kita..
Kita perlu sedar apakah hala tuju kita…
Kita perlu sedar apakah nasib kita nanti….
Kita perlu sedar apakah tinggalan buat anak-anak kita di hari mendatang….

Jiwa kita perlu dibajai semula…
Hati kita perlu disirami semula…
Ukhwah kita perlu dieratkan semula…
Silaturahim kita perlu dirapatkan semula….
Demi agama, bangsa & negara di bumi Malaysia ….

Bersatulah kita wahai rakyat Malaysia…
Bersatulah kita walau berbagai kaum…
Bersatulah kita di bawah satu naungan…
Bersatulah untuk terus mencipta kejayaan….
agar semua yang dikecapi dapat dikekalkan….

4. Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
          Perpaduan dan toleransi antara kaum, bangsa dan tamadun amatlah penting untuk mengekalkan kesejahteraan, kedamaian dan kegemilangan yang dikecapi sesebuah negara. Hal ini kerana, sesebuah negara yang kucar kacir dengan rakyat yang tidak bersatu padu akan mumudahkan anasir-anasir luar untuk mencampur tangan dalam urusan kerajaan. Ini akan mengakibatkan negara tercinta kita akan jatuh ke tangan orang yang salah. Oleh itu, semua masyarakat perlu sentiasa hidup bersatu padu untuk mengekalkan kesejahteraan negara.

          Seterusnya, rakyat perlu bersatu padu tanpa mengira warna kulit ketika negara mengalami masalah sebagai contoh masalah kewangan. kegawatan ekonomi dan lain-lain. Hal ini dapat membantu pentadbir negara dan kerajaan untuk membaik pulih keadaan negara dengan segara sekiranya mendapat sokongan daripada rakyat. Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negara dengan menyumbangkan segala kemahiran dan ilmu yang dimiliki tanpa mengharapkan pulangan wang ringgit.

          Kemudian, rakyat perlu berusaha untuk memelihara segala warisan dan peninggalan nenek moyang seperti bangunan bersejarah, penulisan dan karya-karya lama, serta amalan dan budaya. Generasi muda terutamanya perlu mempelajari, memahami dan mengamalkan budaya tempatan dalam kehidupan seharian agar semua khazanah yang tidak ternilai itu dapat diwarisi ke generasi seterusnya.

Disediakan oleh;
Nur Azlina binti Tharujathulla
A152731



No comments:

Post a Comment