Saturday, 15 October 2016

NURUL NADHIRAH HURI A154264

1. Refleksi ilmu ketamadunan


- Rakyat yang taat kepada ajaran agama masing-masing.

- Menjaga akhlak dan tatasusila.

- Menghormati perbezaan kaum lain.

- Sistem perundangan yang telus

- Mengelakkan penyelewengan dan korupsi.

- Meningkatkan taraf pendidikan rakyat.

- Menjalinkan hubungan diplomatik bagi meningkatkan ekonomi dan keselamatan.

- Menerapkan nilai patriotik dan semangat cinta negara.

- Mematuhi undang-undang.

- Menerima perbezaan pendapat dan menjalin hubungan akrab antara kaum (jauhi unsur perkauman)



2. Daya persepsi


Berdasarkan temuramah yang saya jalankan pada rakan berbangsa Cina, Melayu, India, Iban dan Dusun rata-rata mereka menolak idea bahawa Islam adalah agama keganasan kerana bagi mereka apa yang diperlihatkan umat Islam di Malaysia  yang rata-ratanya berbangsa Melayui, hanya kelembutan dan kesopanan yang ditonjolkan dalam cara hidup mereka. Mereka berpendapat bahawa ini berkemungkinan besar kerana Malaysia merupaka negara Timur yang rakyatnya dan rakyat negara Timur yang lain memang terkenal dengan kesopanan dan adab susila.

Sebahagian mempunyai pengalaman secara terus dengan bantuan dari masjid dan surau serta jiran-jiran yang beragama Islam dan mereka berpendapat bahawa Islam adalah agama yang pemurah dan pengikutnya boleh dipercayai dan disenangi. Konsep semua umat Islam adalah bersaudara sangat mereka suka kerana persaudaraan yang ditunjukkan bukan sahaja pada rakan seagama malah kepada rakan dari agama lain. Mereka berpendapat bahawa Muslim di Malaysia tidak lokek  untuk membantu sekiranya mampu.

Disebabkan mereka masih belum berpeluang ke luar negara, mereka tidak dapat membezakan cara kehidupan atau apa sahaja perbezaan antara Muslim di Malaysia dan negara lain. Mungkin keganasan yang ditujukkan dari segi budi pekerti di mana di negara Timur keosopanan dapat dilihat dari segi percakapan dan ton suara. Maka, mereka bersetuju bahawa imej keganasan yang dibawa oleh media Barat adalah tidak benar kerana jika Islam itu sendiri agama keganasan mengapa di Malaysia mereka berasa selamat dan selesa hidup bersama Muslim?

Sebahagian mereka berpendapat bahawa jihad adalah berperang dan ada antara mereka yang faham bahawa berjihad tidak semestinya hanya berperang. Rata-rata bagi mereka perkataan jihad amat akrab dengan keadaan di bumi Palestin dan negara yang bergolak pada masa ini. Mereka berasa simpati terhadap umat Islam di negara tersebut dan merasakan bahawa jihad di bumi tersebut bukanlah sesuatu keganasan kerana mereka cuba mempertahankan tanah air mereka.

Berdasarkan temuramah ringkas saya bersama seorang wanita di station Monorel, beliau berpendapat bahawa umat Islam terlalu sensitif dengan peperangan yang berlaku dan seharusnya Muslim di Malaysia bersyukur tiada peperangan di Malaysia dan teruskan kehidupan seperti biasa. Apabila di tanya pekara ini dari konteks kemanusiaan(manusia dibunuh kejam secara sesuka hati dan sebagainya) dan bukannya sifat defensif antara agama dan kaum, saya tidak berjaya mendapatkan jawapan dari beliau.



3. Puisi ketamadunan


 Aku
Setia disini
Melihat dan memerhati
Juga sebagai saksi
Setiap perubahan yang kau bawakan kepada dia

Kau
Datang dan pergi
Bertukar ganti
Melempar dan mengusulkan idea-idea
Buat dia

 Dia
Adakala disakiti
Adakala dijulang dipuji
Menerima apa yang kau beri
Dengan sepenuh hati

Ini cerita kita
Antara Aku, Kau dan Dia
Aku, Bumi tua ini
Kau, manusia yang mendiami
Dia, tamadun bertukar ganti


4. Kepelbagaian dalam kesatuan


Perbezaan pendapat adalah satu perkara yang tidak dapat kita elakkan apabila hidup dalam satu kelompok yang ramai apatah lagi dalam sesebuah tamadun. Perbezaan ini dapat dijadikan rujukan dalam membangunkan sesebuah masyarakat kerana kepelbagaian pendapat mampu dijadikan paksi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dianggap mustahil seperti kata pepatah Inggeris "two is better than one". Dalam konteks ini, kepelbagaian idea yang dikeluarkan dalam keadaan terkawal dan bertoleransi sangat bagus dan dengan perbezaan inilah terwujudnya pelbagai parti politik yang saya percaya semua mempunyai satu tujuan yang sama iaitu membangun dan meningkatkan prestasi hidup sesebuah masyarakat dalam tamadun tersebut. Apa yang membezakan mereka hanyalah cara penyampaian dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat mereka.

Namun, apabila ketegangan terjadi dan melibatkan pergaduhan dan perbalahan secara tidak sihat, inilah yang menjadi penanda bahawa semua orang mesti bersatu dan berfikiran secara rational. Bukan memburuk dan mensabotaj sesama sendiri kerana tiada masalah akan selesai dari perkara ini, yang ada hanyalah pertambahan masalah dan seterusnya berkemungkinan akan menjadi titik musnahnya sesuatu tamadun. Sayang sekali jika tamadun yang dibina bersusah payah akhirnya hancur hanya kerana perbezaan pendapat yang berakhir dengan perbalahan dan peperangan.

"Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah-tengah". Terdapat tamadun yang hancur kerana diserang oleh kaum atau puak lain ketika mengalamai ketegangan politik - tidak kira negara, atau ketika manusia masih hidup secara nomad di dalam puak. Perkara ini haruslah diambil pengajaran  oleh masyarakat sekarang demi keamanan negara dan kelangsungan tamadun sekarang. Perbalahan tiada kesudahan, perbincangan berserta kompromi dan tolreansi mampu memberikan jalan penyelesaian tidak kira apa isu dibangkitkan.

No comments:

Post a Comment