1.
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam
Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah. Senaraikan 10 cara
supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat
globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Mengukuhkan pertahanan negara
2. Mempertingkatkan sistem pendidikan di semua
peringkat
3. Generasi muda perlu mempelajari, memahami dan
mengamalkan segala aspek budaya tempatan
4. Generasi muda hendaklah mengelakkan diri
dariapada terpengaruh dengan budaya luar/negara barat
5. Rakyat perlu mengenepikan soal perbezaan kaum
dan agama serta hidup bertolak ansur dalam apa jua keadaan
6. Mempertingkatkan penggunaan sains dan teknologi
dalam semua aspek kehidupan
7. Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan
(R&D)
8. Rakyat Malaysia perlu mempersiapkan diri dengan
pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
9. Mengukuhkan sistem politik negara
10. Mengekalkan perpaduan dan keharmonian
negara
2.
Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama
keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu
berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan
orang Cina di Malaysia?
Apa
pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Kebanyakan pelajar cina, india dan lain-lain yang
ditemuduga mengetahui perkara-perkara asas mengenai ajaran Islam. Hal ini
kerana, mereka hidup dalam persekitaran masyarakat berbilang kaum. Secara
kesimpulannya, pelajar Cina dan India kurang bersetuju tentang isu Islam dan
keganasan yang ditonjolkan olah media Barat. Hal ini kerana, mereka merasakan
orang Islam di Malaysia tidak menunjukkan sifat keganasan seperti yang
diperkatakan dan mereka juga berasa selesa untuk berkawan dengan orang Islam
yang secara puratanya memiliki perwatakan yang baik. Ada diantara mereka yang
merasakan masyarakat Islam (di negara luar) yang ditindas dan diancam oleh
orang Barat seperti beberapa serangan yang dilancarkan oleh tentera Barat di
Syria. Namun, ade diantara mereka yang juga terpengaruh dengan kenyataan
media Barat. Hal ini kerana menurut meraka, perkataan jihad yang digunakan
meninmbulkan syak wasangka terhadap penganut agama Islam.
Manakala ada sesetengah bangsa lain mempercayai
agama Islam mempunyai hubungan dengan kegasanan namun mereka menegaskan bahawa
perkara itu mungkin berlaku di negara luar seperti di negara Barat dan Timur
Tengah dan bukan di Malaysia. Hai ini kerana, menurut mereka kebanyakan rakyat
Islam di negara ini mengamalkan sikap toleransi antara kaum dan mudah untuk
bergaul.
Semua pelajar Melayu yang ditemuramah menidakkan
Islam dengan keganasan. Mereka menyatakan agama Islam adalah agama yang suci
dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri penganutnya. Mereka juga
menyatakan, konsep jihad perlu difahami secara menyeluruh sebelum terpengaruh
dengan mana- mana pihak. Media Barat cuba untuk menjatuhkan agama Islam dengan
mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana bimbang akan kemajuan masyarakat Islam.
3.
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi
bertemakan isu-isu ketamadunan samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
Kita perlu sedar apakah warisan kita..
Kita perlu sedar apakah hala tuju kita…
Kita perlu sedar apakah nasib kita nanti….
Kita perlu sedar apakah tinggalan buat anak-anak
kita di hari mendatang….
Jiwa kita perlu dibajai semula…
Hati kita perlu disirami semula…
Ukhwah kita perlu dieratkan semula…
Silaturahim kita perlu dirapatkan semula….
Demi agama, bangsa & negara di bumi Malaysia ….
Bersatulah kita wahai rakyat Malaysia…
Bersatulah kita walau berbagai kaum…
Bersatulah kita di bawah satu naungan…
Bersatulah untuk terus mencipta kejayaan….
agar semua yang dikecapi dapat dikekalkan….
4.
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti
politik demi
kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang
mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Perpaduan dan toleransi antara kaum, bangsa dan
tamadun amatlah penting untuk mengekalkan kesejahteraan, kedamaian dan
kegemilangan yang dikecapi sesebuah negara. Hal ini kerana, sesebuah negara
yang kucar kacir dengan rakyat yang tidak bersatu padu akan mumudahkan anasir-anasir
luar untuk mencampur tangan dalam urusan kerajaan. Ini akan mengakibatkan
negara tercinta kita akan jatuh ke tangan orang yang salah. Oleh itu, semua
masyarakat perlu sentiasa hidup bersatu padu untuk mengekalkan kesejahteraan
negara.
Seterusnya, rakyat perlu bersatu padu tanpa mengira
warna kulit ketika negara mengalami masalah sebagai contoh masalah kewangan.
kegawatan ekonomi dan lain-lain. Hal ini dapat membantu pentadbir negara dan
kerajaan untuk membaik pulih keadaan negara dengan segara sekiranya mendapat
sokongan daripada rakyat. Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk
membangunkan negara dengan menyumbangkan segala kemahiran dan ilmu yang
dimiliki tanpa mengharapkan pulangan wang ringgit.
Kemudian, rakyat perlu berusaha untuk memelihara
segala warisan dan peninggalan nenek moyang seperti bangunan bersejarah,
penulisan dan karya-karya lama, serta amalan dan budaya. Generasi muda
terutamanya perlu mempelajari, memahami dan mengamalkan budaya tempatan dalam
kehidupan seharian agar semua khazanah yang tidak ternilai itu dapat diwarisi
ke generasi seterusnya.
Disediakan oleh;
Nur Azlina binti Tharujathulla
A152731