Saturday, 15 October 2016

Tugasan Individu i-Folio ( Lo Yi Wei A156186 )

Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

               Pada pendapat saya, antara cara- cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan keruntuhan tamadun Malaysia daripada akibat globalisasi dan faktor-faktor lain termasuk pemupukan semangat perpaduan dan toleransi sesama lain untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pertengkaran dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Selain itu, semangat patriotik perlu dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia agar mereka akan meletkakkan pembangunan negara sebagai keutamaan mereka. Di samping itu, kerajaan perlu memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa penghantar untuk menunjukkan identiti kita sebagai anak Malaysia. Seterusnya, sistem pendidikan yang lebih lengkap and teratur perlu dipraktikkan untuk melahirkan insan- insan yang berilmu tinggi dan berahklak mulia demi membangunkan negara Malaysia dari pelbagai aspek.

              Cara lain yang boleh digunakan adalah mengadakan pelbagai kempen pengenalan budaya tradisional Malaysia agar rakyat Malaysia boleh memahami budaya negarra mereka dengan lebih mendalam dan pada masa yang sama menanam sifat penghargaan dalam hati mereka. Selain itu, subjek Sejarah boleh dimasukkan dalam silibus pengajaran pelajar semasa tahun yang lebih muda supaya nilai patriotik akan diperdalamkan dalam mereka, bak kata pepatah : melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di samping itu, sistem kesihatan perlu dinaiktarafkan untuk menurunkan kadar mortaliti dan meningkatkan kadar kelahiran. 


              Sistem pentadbiran Malaysia juga diperlu dibuat beberapa perubahan, contohnya penglibatan kaum yang berlainan dalam sistem pentadbiran dalama nisbah yang lebih kurang sama agar manfaat pelbagai kaum boleh dijaga and idea yang lebih bernas boleh dihasilkan daripada pertembungan budaya.  Kaedah yang seterusnya adalah tidak mengamalkan sikap ketutupan, iaitu tidak sudi untuk belajar sesuatu yang baru. Rakyat harus bersikap terbuka untuk belajar benda baru daripada orang lain dan seterusnya menaiktarafkan teknologi yang sedia ada agar negara Malaysia akan bertambah baik. 


              Cara yang terakhir adalah menguatkuasakan sistem perundangan yang teratur. Undang- undang perlu diwujudkan untuk meningkatkan disiplin rakyat- rakyat Malaysia agar tahap kes jenayah dapat menurun dan sebuah masyarakat yang aman dan damai dapat diwujudkan.




Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan- rakan kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa- bangsa lain di Malaysia?


Setelah temuduga dengan responden yang terdiri daripada pelbagai kaum, berikut adalah pandangan mereka:

Kaum Melayu:

Mereka berpendapat bahawa perkara tersebut merupakan dakwaan. " Tak kenal maka tak cinta", mereka berpendapat bahawa media- media Barat tersebut tidak mengambil tahu tentang agama Islam dengan mendalam sebelum mengeluarkan fitnah tersebut. Mereka percaya bahawa Allah akan menunjukkan jalan hidup yang betul kepada penganutnya dan tidak akan mendorong orang yang mempercayainya untuk melakukan perkara yang buruk.

 Kaum Cina, Kaum Indian dan kaum lain-lain:

Mereka juga berpendapat bahawa agama Islam bukan agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Walaupun mereka bukan menganuti agama Islam, mereka percaya bahawa setiap agama yang baik akan mengajar penganutnya untuk melakukan perkara yang baik, bukan yang negatif. Mereka sering mendengar berita- berita mengenai ISIS melalui keratan akhbar, laman web, radio dan lain- lain, tetapi mereka percaya bahawa bukan semua penganut agama Islam adalah begitu ganas dan tidak berkemanusiaan. Mereka yang jahat itu, walaupun menganuti agama Islam, mungkin telah menerima ajaran agama senget yang disampaikan oleh orang yang berniat bururk. Secara ringkas, agama Islam akan mendorong penganutnya ke arah yang positif dan tidak ada perkaitan dengan perkataan 'keganasan' dan 'Jihad'.





Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.

Kita,
Menyusun seribu langkah, menuju ke hadapan
Bersama menerjah gelombang, mensesah pekat malam
Berlari mengejar cahaya, menepati janji di hujung jalan.

Walau berdepan sejuta kekangan,
Sesekali pun jatuh di medan perjuangan
Namun tetap meredah, mencapai wawasan.

Alangkah damainya tamadun ini,
Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai
Bangsa bersatu berjiwa waja
Semangat patriotik kian membara.

Dunia sudah membuka mata
Penghormatan kini menjadi nyata.

Tiada lagi penindasan
Tiada lagi penghinaan.

Kemegahan terus terpelihara
Damainya tamadunku- Malaysia.


Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.


            Pada pendapat kami, semua orang mesti bersatu semula apabila ksesebuah tamadun tersbut telah kehilangan pembangunan dan sedang mengalami kemerosotan daripada pelbagau aspek sepeti kewangan, keselamatan, kekuatan undang- undang dan sebagainya.
Pelbagai parti politik telah diwujudkan unutk membentangkan idea mereka yang bernas dan bermanfaat untuk pembangunan tamadun tersbut. Namun.apabila pembentangan idea telah menimbulkan pertelingkahan dan menjejaskan status keamanan sesebuat tamadun, parti- parti tersebut sepatutnya berfikir balik tujuan asas pembentukkan parti- parti mereka, iaitu untuk menambahbaikan sesebuat tamadun tersebut.

            Apabila kemerosotan atau kerunuthan tamadun telah didapati, semua parti politik sepatutnya duduk dlam meja bulat unutk melahirkan idea-idea yang baik bagi penambahbaikkan keadaan. Mereka sepatunya mengetepikan buah fikiran mereka yang ingin mengambil alih kuasa pentadbiran sesebuah tamadun, malah saling berkongsi pendapat dan pandangan daripada pelbagai jenis profesyen dan lapisan masyarakat untuk mengelakkan keruntuhan tamadun. Mereka sepatutnya bekerjasama bagai aur dengan tebing kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada tamadun tersebut.

x

No comments:

Post a Comment