Thursday, 13 October 2016

Tugasan Individu I-Folio (Siti Arinah binti Abdullah - A153808)


TUGASAN 1

Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

a.       Memberi sepenuhnya taat setia pada kepimpinan Negara.

b.      Bersikap terbuka dalam menerima pelbagai pendapat.

c.       Berusaha sehabis daya dalam meningkatkan ekonomi Negara.

d.      Memperkukuhkan ilmu pengetahuan demi pembangunan Negara.

e.       Menjauhi anasir luar yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.

f.       Berpegang teguh pada ajaran agama.

g.      Mengkaji dan menggunakan sumber alam secara berhemah.

h.      Memperkukuhkan sistem perundangan tanpa wujudnya rasuah.

i.        Mewajibkan pendidikan bagi semua rakyat.

j.        Melahirkan lebih ramai rakyat yang berdaya kreatif dan inovatif.



TUGASAN 2

Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
        
        Segelintir orang Cina di Malaysia tidak menyokong bahawasanya Islam adalah agama keganasan tetapi ada segelintir daripada mereka juga yang terang- terangan mengatakan Islam merupakan agama keganasan kerana salah faham dengan jihad. Ini kerana terdapat beberapa gerakan yang mendakwa mereka mewakili Islam dan berjihad memperjuangkan Islam tetapi jauh tersasar daripada ajaran agama. Serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) di New York menambahkan lagi kenegatifan terhadap Islam apabila Islam dituduh sebagai penyebab kejadian tersebut yang mengorbankan hampir 6 ribu nyawa.
  
          Selain itu, saya mendapati hampir kesemua orang melayu menolak bahawasanya Islam adalah agama keganasan kerana dikaitkan dengan jihad. Mereka memahami maksud sebenar jihad dalam Islam yang bukan bertujuan bertindak ganas sesuka hati pada agama lain tetapi jihad dalam Islam bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah serta menyebarkan agama Islam. Umat Islam digesa berjihad mengikut syariat dan etika tatkala mereka diserang oleh musuh Islam dengan tujuan menyelamatkan diri mereka daripada kezaliman. Mereka tidak akan menyerang agama lain sehingga agama lain itu sendiri yang mencetuskan masalah dengan umat Islam.

          Berbeza dengan bangsa Melayu, bangsa India sebahagiannya mempunyai pendapat yang sama dengan bangsa Cina. Mereka berpendapat Islam adalah agama keganasan dengan melihat kepada keadaan dunia sekarang yang mana Islam sendiri terlibat dalam pembunuhan penganut mereka sendiri. Gerakan ISIS umpamanya adalah kelompok yang telah memburukkan nama Islam dan telah membawa satu perjuangan yang jelas bertentangan dengan Islam. Malahan, kewujudannya juga disangsikan atas faktor tertentu yang menunjukkan mereka ini di taja dan didanai oleh pihak berkepentingan.



TUGASAN 3

Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.

Kelam mundur di waktu muda,
Bersaksi derita menemani duka,
Sampai waktu ia bercahaya,
Teori fizik mengubah isinya,
Berpaksi minda kelas pertama,
Tumbuh perkasa berabad lamanya,

Namun,
Sayang beribu kali sayang,
Rebah jua tatkala leka dan alpa,
Soalnya salah siapa, salah kita,
Tapi, usah gusar, jangan gulana,
Bangkit juga pada akhirnya juga selamanya,
Itulah tamadun, transformasi semua.


TUGASAN 4

Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

        Perbezaan pendapat dan kepelbagaian parti politik akan cenderung kepada wujudnya perpecahan dalam kalangan manusia. Demi masa depan tamadun, semua orang mesti bersatu semula tatkala tamadun diambang keruntuhan yang berpunca daripada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian oleh penduduknya.

        Lemahnya sistem perundangan akan melemahkan sesuatu tamadun. Oleh itu, semua orang mesti bersatu menegakkan keadilan dalam sistem perundangan supaya keharmonian sesebuah tamadun dapat dikekalkan.

        Semua manusia juga perlu bersatu semula walaupun berbeza pendapat dan parti politik tatkala tamadun mereka dicerobohi oleh anasir luar dengan tujuan penaklukan dan perluasan kuasa. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana dikhuatiri akan menukar identiti sesebuah tamadun dari yang asalnya
.
        Apabila sesebuah tamadun itu lemah dalam penguasaan sains dan teknologi, semua manusia harus bersatu meningkatkan dan memantapkan semula penggunaan teknologi kerana terbukti teknologilah yang menukarkan kemunduran sesebuah tamadun menjadi sebuah tamadun yang gah.

        Selain itu, semua orang harus bersatu apabila kepimpinan sesuatu tamadun dipimpin oleh pemimpin yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan tidak bertoleransi pada rakyat jelata. Dalam konteks ini, semua orang bertanggungjawab menggulingkan pemerintahan yang kejam agar infrastruktur pemerintahan sesebuah tamadun dapat dikekalkan pada kedudukan terbaik.
 
          Akhirnya, penyatuan semua orang amat diperlukan tatkala tamadun dilanda bencana alam atau malapetaka yang menyebabkan kerosakan harta benda secara besar-besaran. Ini kerana sikap tidak peduli manusia akan menyebabkan sesebuah tamadun itu hilang dan lenyap kerana tiada siapa yang mahu bertanggungjawab membaikpulih semula keadaan tamadun supaya kembali pada keadaan asal.



No comments:

Post a Comment