- Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah.Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
Tamadun Malaysia akan bertahan jika semua rakyat Malaysia bersatu dan tidak lupa akan sejarah tamadun bangsa-bangsa sendiri.Kedua pihak atasan atau pihak berkuasa boleh menganjurkan kempen bertamadun untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan bertamadun.Ketiga,kita hendaklah sentiasa mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Keempat semua kaum dan masyarakat haruslah sentiasa bertolak ansur dalam membuad sesuatu keputusan.Bersukan juga berupakan salah satu cara manusia dapat melatij diri menjadi bertamadun kerana dengan bersukan kita dapat merapatkan silaturahim antara masryakat sekeliling.
Keenam,dalam setiap organisasi kita mestilah bersatu padu dan mestilah mempunyai pemimpin yang adil dan bertamadun seperti contoh kerajaan Melaka pada zaman kegemilangan Sultan Melayu Melaka sewaktu memilih bendahara Melaka iaitu Tun Perak.Tun Perak dipilih berdasarkan sifat kepimpinannya yang unggul.Ketujuh budaya Malaysia tidak boleh dilupakan sama sekali,jadi kerajaan haruslah menganjurkan satu program atau majlis kebudayaan setiap tahun agar rakyat jelata tidak lupa akan budaya Malaysia.Kelapan,faktor ekonomi juga memainkan peranan yang penting dalam Tamadun Malaysia ini.Hal ini kerana banyak tamadun yang musnah akibat kemerosotan ekonomi pada zaman dahulu.Oleh itu,Malaysia haruslah mengambil pelbagai initiatif untuk mengukuhkan ekonomi negara.Kesembilan,aspek keselematgan haruslah dititikberatkan.Hal ini kerana,aspek keselamatan merupakan salah satu aspek yang penting supaya tamadun Malaysia akan bertahan dengan lebih lama daripada penjajah pihak asing.Kesepuluh bahasa Melayu haruslah jadikan bahasa lingua franca atau bahasa pertuturan rasmi dalam kehidupan seharian supaya rakyat dapat berhubung dengan lebih efektif dan dapat memupuk lagi semangat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.Kesimpulannya sepuluh cara ini boleh dipraktikkan dalam tamadun Malaysia pada masa kini supaya tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan penjajahan asing.
Mengikut pandangan seorang sahabat Cina saya,dia menyatakan bahawa orang Melayu di Malaysia sangat baik dan tidak panas baran.Mereka sentiasa memberikan bantuan kepada orang Cina mahupun bangsa lain jika berada dalam kesusahan.Dia juga menyatakan bahawa ada sesetengah orang Melayu sangat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.Dia memberi contoh jika dalam sebuah organisasi orang Melayu selalunya akan menjadi ketua dan akan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugas mereka.Konklusinya bagi pendapat saya,tidak kira bangsa mahupun agama jika kita telah berkawan dan telah bersatu.Setiap matlamat atau tugasan dapat dicapai dengan baik dan dengan lancar dari kerjasama semua pihak.
3.Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan.samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
Tamadun disiplin ilmu,
Tamadun sebagai pemangkin negara,
Tamadun ilmu kehidupan,
Sistem Kasta dalam tamadun India,
Konsep Lima hubungan dalam tamadun Cina,
Akidah Islam dalam tamadun Melayu,
Ilmu dimana terbentuknya Malaysia kini,
Dijadikan contoh untuk negara lain,
Majulah negara Malaysia,
Yang lahir dari pelbagai tamadun,
Tamadun ilmu manusia.
4.Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Terdapat pelbagai parti politik yang bertapak di Malaysia.Parti politik ini terbahagi kepada dua iaitu parti pemerintah dan parti pembankang.Kedua-dua pihak sering mempunyai idealogi dan pendapat berbeza dan sering mencetuskan perbalahan didewan rakyat mahupun di media sosial.Demi kelangsungan kekuatan Malaysia,kedua-dua pihak haruslah mengetepikan segala perbezaaan demi memacu Malaysia kearah masa depan yang lebih makmur dan terjamin.Keuda-dua pihak juga mesti bersatu dalam menangani pencerobohan dan penjajah daripada phak asing.Hal ini kerana,penjajahan pihak asing mengugat kedaulatan dan kemakmuran negara Malaysia.Apabila kuasa asing menjajah Malaysia,kedua-dua pihak akan mengalami kerugian sekali gus memberi kesan kepada rakyat jelata.Sebagai contoh,pada zaman sebelum merdeka,kedua kedua pihak yang berbeza pendapat dapat berkumpul di dalam satu meja perbincangan seterusnya berkongs idea dan pandangan dalam menuntut kemerdekaan daripada pihak Bitish.Kita perlulah mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa ini untuk menjamin masa depan Malaysia yang lebih cerah.Hal ini juga dapat mengelakkan tamadun Malaysia mengalami kemerosotan daripada keruntuhan globalisasi.Oleh itu,pelbagai kaum dari setiap ahli politik haruslah bersatu melawan penjajahan asing demi mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta.

Disediakan oleh,
Mohamad Azmi Bin Isahak
A153317
Group 4
No comments:
Post a Comment