Task 1
11.
Mengisi
semangat kemerdekaan dengan pengisian yang positif
22. Menghayati
sejarah negara sebelum dan selepas kemerdekaan.
33.
Menekankan
budaya ilmu dan penghayatan nilai-nilai murni yang baik
44.
Mengelakkan
daripada sifat kebendaan yang akam menyebabkan keruntuhan akhlak
55.
Mempertahankan
budaya agam Islam sebagai budaya yang utama dan bukan budaya barat
66.
Menghapuskan
jurang budaya dan ekonomi antara bangsa-bangsa di Malaysia
77.
Meningkatkan
lagi semangat berdaya saing generasi masa kini
88.
Mengelak daripada ketidakstabilan politik yang
boleh mengancam negara Malaysia
99.
Memperkasakan
Bahasa Melayu dalam pembelajaran pelajar-pelajar
110. Menangani perbezaan dan interaksi dalam suasana pelbagai etnik,
budaya dan agama menerusi pandangan tamadun Islam.
Berdasarkan
daripada temuduga saya, pandangan orang Cina di Malaysia tidak sama sekali dengan
orang Barat yang mengatakan orang Islam membawa keganasan dan kehancuran. Hal ini dikukuhkan dengan sikap orang Islam di
Malaysia yang baik, pemurah dan suka memberi bantuan kepada yang memerlukan. Mereka
merasakan bahawa sifat keganasan hanya merujuk kepada sesetengah pihak di Timur
Tengah seperti ISIS dan mengatakan orang Islam di Malaysia sangat mengamalkan
sifat toleransi antara kaum.
Jangan biarkan
pohon bangsa dimamah kemajuan
Sehingga
dahannya dipatah kealpaan
Akar budaya membelenggu
ketamadunan
Akhirnya subur
bumi kembali gersang
Kontang dibakar
api kepalsuan.
Kembalikanlah
tunjang keyakinan
Susurgalurkan
akar budaya mencengkam bumi
Agar pohon
bangsa teguh menentang musuh
Sepadu
melaungkan keazaman
Demi
pertahankan hak mutlak dan ketuanan
Kita harus
menerima hakikat bahawa walaupun negara Malaysia ini satu, namun terdapat
banyak parti politik yang membawa pelbagai ideologi dan pendapat sehingga
wujudnya parti kerajaan dan parti pembangkang. Perbezaan pendapat antara parti
boleh mengundang banyak kemusnahan dan yang paling terasa kesannya ialah negara
dan rakyatnya. Tetapi dalam masa yang sama, semua rakyat mesti bersatu padu
dalam keadaan negara kita diserang oleh musuh-musuh luar.
Jika dilihat
daripada kesan peperangan sewaktu penjajahan Portugis, British dan Jepun menguasai Tanah Melayu, kesannya masih dapat dirasa sehingga kini. Misalnya, dari segi
kemusnahan harta benda, kemusnahan pelbagai fauna dan flora dan kehilangan
khazanah negara. Sehubungan dengan itu, semua rakyat Malaysia mesti bersatu padu
demi menjaga keamanan dan kestabilan negara. Ahli-ahli parti mesti menepikan
perbezaan pendapat antara parti dan bersatu padu menentang musuh-musuh negara. .
Kesimpulan
daripada sejarah Tanah Melayu dahulu mesti disemai dalam jiwa masing-masing dan
bersatu padu jika peperangan dan penjajahan ini berlaku lagi dalam masa akan
datang.
No comments:
Post a Comment