Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
Senarai 10 cara
supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama
1. Masyarakat perlu berpegang teguh
kepada ajaran agama masing-masing.
2. Masyarakat
perlu mengamalkan nilai-nilai moral
dan sentiasa berbudi pekerti.
3. Masyarakat perlu bersikap
terbuka untuk menerima segala perubahan
yang baik dari segi teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial.
4. Masyarakat perlu saling menolong dan bekerjasama pada
bila-bila masa terutamanya ketika orang lain memerlukan bantuan atau berlakunya
bencana alam.
5. Masyarakat perlu hidup
bersatu-padu dalam apa-apa jua
perkara seperti mempertahankan negara, cinta akan negara dan lain-lain.
6. Masyarakat perlu bersikap inovatif
dan sentiasa mencipta benda baru termasuk
teknologi dengan sentiasa mencabar diri demi kehidupan yang lebih baik.
7. Masyarakat harus pandai memilih
pemimpin yang berkebolehan dan berwibawa
membawa nama negara Malaysia ke pentas dunia dan memajukan negara kita.
8. Masyarakat perlu berfikiran matang dan rasional dalam sebarang perkara dan membuat keputusan.
9. Masyarakat perlu sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara.
Tugasan 2:
Di kalangan sebahagian media barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan tamadun Kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dan rakan-rakan kamu di UKM. Apa oandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan oang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Pandangan Orang Cina di Malaysia
Di kalangan sebahagian media barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan tamadun Kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dan rakan-rakan kamu di UKM. Apa oandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan oang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Pandangan Orang Cina di Malaysia
Pada pandangan Orang Cina di Malaysia, mereka sentiasa menganggap “Jihad”
sebagai “Holy War”. Orang Cina di Malaysia berasa perkataan ini membawa maksud
perang, dan ini memberi perkepsi yang kurang baik kepada mereka terutamanya
dalam masyarakat zaman ini yang harmoni dan perang tidak lagi diwujudkan.
Mengikut kata-kata kawan orang Cina di UKM, mereka menyatakan bahawa generasi
tua menganggap Jihad merupakan satu taktik atau alasan yang kurang baik untuk
menyebabkan berlakunya perang demi kepentingan agama Islam. Namun begitu, orang
Cina berasa semakin memahami maksud Jihad setelah belajar Sejarah dalam
tingkatan 4 yang berkaitan dengan Tamadun Islam. Generasi muda sekarang lebih
bersikap terbuka untuk menerima perkataan “Jihad” supaya maksud sebenarnya
dapat difahami. Selain itu, mereka berpendapat bahawa agama Islam bukan agama
keganasan. Setiap agama mempunyai kitab dan ajaran suci tersendiri seperti
agama Buddha menerima ajaran kitab daripada Siddhārtha Gautama. Ajaran agama
masing-masing mengajar penganutnya menjadi orang yang baik dan mulia. Hal ini
sama juga dalam agama Islam. Oleh itu, mereka tidak pernah menganggap agama
Islam sebagai agama keganasan.
Pandangan
Orang Melayu di Malaysia
Dari pandangan orang Melayu di
Malayisa, Jihad bererti berjuang dengan sungguh-sungguh. Jihad dilaksanakan
untuk menjalankan misi utama manusia iaitu menegakkan Din (atau diartikan
sebagai agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai
dengan garis perjuangan para Rasul dan Al-Quran. Mengikut kata mereka, orang
Islam akan menyebarkan ideology Islam yang sebenar dan memdedahkan kepada semua
orang dengan sistem perundangan Islam yakni bagi kepercayaan mereka. Sistem ini
telah dicipta oleh pencipta mereka kepada hamba mereka iaitu manusia sendiri.
Mereka menegaskan bahawa pengertian Jihad yang sebenarnya harus dipahami dengan
baik dan disosialisasikan kaum Muslim kepada orang lain agar tidak terjadi kesilapan
dalam persepsi dan pemahaman orang lain terhadap konsep jihad dalam Islam.
Mereka juga berpegang dengan ayat yang mengatakan Islam itu nikmat untuk semua
manusia. Penyebaran agama Islam berlaku disebabkan ayat tersebut. Namun begitu,
sebagai Muslim, mereka tidak bersetuju dengan peperangan yang sentiasa
dianggapkan sebagai Jihad. Sesetengah kumpulan orang salah menggunakan kata
Jihad untuk mecetuskan peperangan dan tindakan ini adalah salah. Oleh itu,
mereka menafikan tuduhan agama Islam sebagai agama keganasan yang sentiasa
dikaitkan dengan Jihad yang salah ditafsirkan pengertiannya.
Pandangan bangsa-bangsa lain (India) di Malaysia
Pandangan bangsa-bangsa lain (India) di Malaysia
Pandangan orang India
di Malaysia terhadap agama Islam ialah mereka tidak menganggap agama Islam
sebagai agama keganasan tetapi merupakan agama yang suci dan baik. Mereka
berpendapat bahawa anggapan tersebut adalah disebabkan oleh pemikiran yang
tertutup dan kolot. Manakala, mereka juga menafikan Jihad sebagai peperangan,
tetapi Jihad membawa banyak makna yang lain walaupun di dunia barat, mereka
sering menjalinkan Jihad dengan peperangan (Holy War). Dari segi pendapat
mereka, Jihad merupakan sesuatu yang positif, kerana Jihad boleh ditafsirkan
sebagai usaha dari segi dalaman dan luaran untuk menjadi seorang Muslim yang
lebih baik. Perang Suci berlaku hanya untuk mempertahankan agama. Mereka
menasihati kita harus mendalami pemahaman terhadap sesuatu sebelum memberi
kritikan untuk megelakkan perselisihan faham terutamanya dalam isu yang
sensitif.
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
Tamadun yang Runtuh
Orang kaya berpakaian emas,
Makanan belum habis telah dibuang,
Orang miskin kainnya yang rosak,
Makan ubi sudah rasa gembira,
Jurang kualiti hidup yang begitu besar,
Runtuhlah tamadun itu puncanya.
Orang kaya berpakaian emas,
Makanan belum habis telah dibuang,
Orang miskin kainnya yang rosak,
Makan ubi sudah rasa gembira,
Jurang kualiti hidup yang begitu besar,
Runtuhlah tamadun itu puncanya.
Kita dua beza beragama,
Siapa yang hebat sering dibandingkan,
Layanan buruk saling diberikan,
Hanya sebab agama yang dianutkan,
Fikiran sempit di otak kita,
Itu faktor keruntuhan tamadun.
Siapa yang hebat sering dibandingkan,
Layanan buruk saling diberikan,
Hanya sebab agama yang dianutkan,
Fikiran sempit di otak kita,
Itu faktor keruntuhan tamadun.
Manusia-manusia yang dilahir suci,
Tuhan yang mulia pernah beri hati,
Mana telah kau hilang hati,
Marilah kita pergi jumpai.
Tugasan 4:
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Pada
era globalisasi, tidak dapat dinafikan, semua negara sedang membangunkan
tamadun sendiri. Negara Malaysia, darat tumpahnya darah kita semua, juga
mempunyai tamadun tersendiri, iaitu Tamadun Malaysia. Oleh itu, hal ini telah
mewujudkan satu persoalan yang amat bagus untuk dibincangkan iaitu bagaimanakah
keadaan yang memerlukan semua orang bersatu padu untuk mempertahankan bahkan memajukan
tamadun yang kita banggakan demi masa depan tamadun kita.
Selain itu, semua orang harus bersatu semula apabila berlakunya penyakit berjangkit seperti denggi, H1N1, Zika, SARS dan lain-lain. Penyakit berjangkit disebabkan oleh virus atau bakteria yang akan mempengaruhi fungsi badan kita serta melemahkan sistem imunologi badan dan akhirnya menyebabkan kematian sel-sel badan yang baik dan pertumbuhan sel-sel yang tidak baik. Penyakit berjangkit senang dijangkiti melalui pelbagai cara seperti melalui kuman, lalat, nyamuk ataupun gigitan haiwan lain. Penyakit boleh menyebabkan kematian dan secara tidak langsungnya menjejaskan kehidupan dan tamadun sesebuah masyarakat dan negara. Oleh itu, semua orang perlu bersatu-padu untuk menghapuskan penyakit berjangkit yang mudah mengancam nyawa kita. Sebagai contoh, demi mengelakkan daripada penyakit denggi, semua rakyat bekerjasama membersihkan persekitaran tempat tinggal dan memastikan tidak ada air takungan yang boleh menggalakkan pembiayakan nyamuk Aedes. Dengan adanya, badan yang sihat, rakyat boleh rajin bekerja, menyumbangkan diri kepada perkembangan sesebuah negara dan tamadun dari segi ekonomi dan sosial.
Demi masa depan tamadun kita, semua orang harus bersatu padu apabila berlakunya kejutan budaya daripada kuasa luar. Malaysia kaya dengan budaya tersendiri yang terdiri daripada budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban dan lain-lain. Walaupun setiap kaum mempunyai budaya yang berbeze, namun sebagai rakyat Malaysia, kita saling menghormati dan meraikan perayaan setiap kaum bersama-sama. Hal ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik terutamanya dari segi budaya. Oleh itu, budaya merupakan khazanah negara yang berharga, Budaya Malaysia juga merupakan lambang kepada tamadun Malaysia. Kita harus bersatu-padu mempertahankan budaya dan mewariskan tradisi dan budaya kita kepada generasi muda demi masa depan tamadun kita. Kita harus sentiasa bersikap positif terhadap benda baru tetapi sentiasa ingat akan akar kita. Kita harus bersama-sama mengembangkan budaya kita yang unik dengan mengadakan atau menyertai pelbagai program aktiviti supaya budaya kita dapat ditolak ke pentas dunia dan masa depan tamadun negara kita terjamin.
Akhir sekali, walaubagaimanapun, sebagai rakyat kepada Malaysia, kita harus bersatu-padu untuk mempertahankan dan membangunkan tamadun kita pada bila-bila masa sahaja. Kita harus aktif melibatkan diri dalam pelbagai bidang, seperti bidang seni, falsafah, sains dan teknologi, perubatan dan lain-lain untuk menyumbang kepada kemajuan tamadun yang sentiasa kita banggakan.
Disediakan oleh:
Nama : Ker Ze Heng
Matrix No. : A152329
Fakulti : Farmasi/2
Nama : Ker Ze Heng
Matrix No. : A152329
Fakulti : Farmasi/2
No comments:
Post a Comment